Pages

Friday, 30 August 2013

Sumbangan untuk - adik Aqif , Paru-paru kronik

Anak ini namanya AQIF HAIYAN BIN MUHAMAD SAFRI, 4 bulan lebih. Anak ini diberi cabaran dalam kesihatannya iaitu menghidapi penyakit paru-paru yang semakin kronik.

Hari Jumaat yang mulia ini, marilah kita bersama-sama mendoakan agar kesihatan anak kecil ini semakin bertambah baik dan sihat. Sesunguhnya anak ini mempunyai jiwa dan emosi yang kental dalam menghadapi cabaran ini. Semoga Allah sentiasa melimpahi rahmat, kekuatan dan kesabaran yang tinggi kepada Puan Norhasliyana Hussin dan pasangan. Mudah-mudahan anak ini semakin kuat emosi dan jiwanya. Amin

Anak ini adalah anugerah teristimewa kepada kita semua kerana si kecil ini menjadikan kita lebih menghargai apa yang kita miliki dan lebih menyangi diri anak-anak kita.

P/S: Di bulan Syawal ini, jika anda ingin menghulurkan sebarang bantuan kepada anak kecil ini, bolehlah menghubungi ibunya, Puan Norhasliyana di talian 019 981 3890. Walaupun nilainya kecil pada kita, tetapi ia amat besar kepada insan yang bernama Aqil Haiyan.


Kuatkan dan berikan lah kesihatan yang baik buat adik Aqif Ya Allah...
Tabahkan dan kuatkan lah semangat dan keimanan ke dua ibu bapanya menghadapi dugaan ini......
Aamiin.....

No comments :