Pages

Tuesday, 30 July 2013

Majlis Berbuka Puasa a.k.a Iftar

Sebenarnya dah agak lama aku tak berbuka beramai-ramai bersama kengkawan...Seingat aku...tahun ke 2 bergelar isteri...tahun pertama sebagai seorang ibu..aku dah tak joint makan beramai-ramai macam nie...
Almaklum la...dah ada baby..lain ceritanya...

Hari Sabtu, 27 Julai  bertempat di Naza Talya Hotel, Tanjung Bunga aku berkesempatan berbuka bersama suami dan rakan-rakan Penjejak Gunung...Anak?...pos kejap ke rumah ibu mertuaku...hurmm...sekurang-kurangnya anak-anak aku ada kengkawan kat sana sebab akak yang dari Kelantan tu pulang bercuti disini. Sepupu sepapat diaorang pun ramai... (ayat pengaman jiwa & otak sbb risaukan anak-anak) Maklumlah tak pernah aku tinggalkan anak-anak aku selama ini...Kalau dibawa, rasanya majlis berbuka menjadi majlis mengejar anak. Sebabkan keadaan Coffee House hotel tersebut berhadapan laut dan mempunyai kolam renang... Anak-anak aku pula allergik dengan air...mau kolam jadi sasaran...hehehe.. :-)

Okehh...keadaan jalan yang sesak dari highway jambatan ke Gurney drive melewatkan kami...pun begitu dapat juga tiba sebelum waktu berbuka... Alhamdulillah...

Hurmm..jom tengok gambar sikit...


Haa...ni dia Geng Penjejak Gunung...mne aku?? Jadik tukang amik gambar daaa... :)


Geng Kaum Hawa Penjejak Gunung


Another candid. Dapat duit raya tuu..haha... ;-)


Candid pic...otai2 Penjejak Gunung


Sesi ucapan hari raya...haha


Haa..yang ni semua da kahwin..si Moon jer belum yerr...


Antara rakan-rakan Penjejak Gunung


Makanan yang berlemak, berkolestrol, yang sihat, yang berzat...semua ada...
Kambing golek pun ader...


Family


Add caption


Kaki kambing yang ohsemm...aku hanya mampu melihat...


Last but not least aku dengan en suami...



Wahhhhh....meriah gitu...thank'a a lot pada semua yang sporting...yang menjayakan majlis berbuka nie...tanpa korang yang sporting, takdelah meriahnya majlis nie...

Perjalanan pulang juga menempuh jammed yang luar biasa berhampiran Gurney ke Jambatan...yang peliknya bukan kaumku...huhuhu...apapun, Alhamdulillah..selamat sampai walau agak lewat dan anak-anak sudah kerinduan pada ibu & ayang mereka...hihi....sesi peluk cium anak-anak selepas tuh...cian anak ibu kena tinggal...


Rate berbuka kat Naza Talya Hotel RM 38++

Balik umah telan Alfalfa..minum air.....letihh, sebelum tido telan Ostematrix supaya kekal cergas semasa bangun sahur...

No comments :