Pages

Thursday 23 May 2013

Sharing - http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/6858-hfmdpenyakit-jangkitan-virus.html

Apakah HFMD?
HFMD merupakan singkatan kepada HAND, FOOT & MOUTH DESEASE...atau dikenali sebagai penyakit kaki, kuku dan mulut...Bahayanya akibat dari penyakit ini sehingga boleh membawa MAUT...
Sebab musabab kepada HFMD adalah dari jangkitan VIRUS ( coxsackie A atau enterovirus) 
 http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/6858-hfmdpenyakit-jangkitan-virus.html

Antara gejala-gejala @ tanda-tanda anak anda dijangkiti HFMD 
gejala-gejala biasa bagi masalah sakit kerongkong, mahu tumbuh gigi dan juga jangkitan telinga. Bagaimanapun, salah satu daripada kumpulan simptom ini yang biasanya terlepas pandang iaitu, ulser mulut, merupakan antara tanda utama penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

HFMD tidak hanya menyerang kanak-kanak sahaja, malahan orang dewasa juga seperti kes di Taiwan..Tetapi disebabkan oleh sistem imun yang rendah dan faktor persekitaran maka kanak-kanak adalah antara yang ramai menjadi mangsa penyakit ini.

Langkah-langkah pencegahan

• Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan
• Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala HFMD mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin
• Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasar raya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain
• Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas
• Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin
• Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci 
• Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin 
• Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya
• Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian
• Elakkan diri daripada mendekati pesakit HFMD 
• Pihak berkuasa kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya
• Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain
• Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFMD tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor 
• Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula
• Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mukus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencing atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor
• Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri HFMD jika telah disyaki. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan. -(refer link...)

Sekadar perkongsian buat ingatan untuk diri saya sendiri dan ibu bapa diluar sana...pesakit HFMD biasanya diasingkan @ kuarantin selama 1-2 minggu bergantung pada kesihatan dan perkembangan pesakit..dan Ingatlah bahawa...sehingga kini doktor sendiri tidak dapat kenalpasti yang mana satu pesakit yang akan sembuh dan yang menjurus ke arah kematian...Segalanya kuasa Allah yang menyembuhkan...

No comments :