Pages

Sunday, 24 November 2013

Haji dan Hajah - Couple for a long life...

AsSalamualaikum...
Selamat bercuti pada adik-adik / anak-anak yang dah mula bercuti...
Termasuk la anak aku yang secara rasminya bercuti sendiri dari ke tadika akibat masalah kesihatan...apapun... hari graduation (22 November)..
dia kena attend...muahahahaha
Haizss...bestttnya... (teringat zaman skolah dolu2)

Hokkeyy....
Musim haji dan pun berlalu..semua jemaah dah kembali ke negara masing-masing...
Same goes to my parents...Alhamdulillah..
Sihat dan sejahtera selalu...
Mak dan ayah selamat sampai ke Lapangan Terbang Bayan Lepas pukul 6 pagi, 13 November yang lalu...

Di sebabkan masalah kesihatan...mak aku terpaksa berkerusi roda...
Begitu juga sepanjang masa menuniakan ibadah di sana...
Termasuk tawaf...mak ditolak oleh ayah di kerusi roda..
Syukur..ayah diberi kesihatan serta kekuatan untuk membantu mak menunaikan ibadah bersama..... ^___^ so lovely...sooo touching...
Syukur juga ada manusia yang sudi membantu ayah, 
ketika lelahnya menolak kerusi roda dicelah ribuan manusia...
Syukur kepada Allah menghantar manusia untuk membantu mak semasa dibilik...
Alhamdulillah...Allah SWT telah mempermudahkan segala urusan semasa menunaikan ibadah buat ke dua mak dan ayah aku...aamiin...

Ayah dah semangat nak kumpul duit untuk umrah pulak...hehehe...
Antara dialog ayah...

Tok cik : Seronok tak?

Ayah : Tak seronok la..
(kami yang men dengar tercengang...erkk..kenapa..lepas beberapa saat diamkan diri)

Ayah: sebab dah nak kena balik...kalau boleh nak lagi duk di sana...

(adoi...semua tergelak...suspen ja ayah ni...)

Jom layan foto ayah dan mak...




Selamat bertemu kembali...


No comments :