Pages

Thursday, 13 December 2012

Kenali Produk Kesihatan Anda

Jom Kenali Produk Kesihatan...

Lama tak menaip disini...hari ni nak share sikit mengenai produk kesihatan yang kita guna. Sebab apa? Kebanyakkan di antara kita (termasuk saya la tuh)  kadang-kadang langsung tak pernah nak mengambil tahu samada produk yang di gunakan itu mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan atau tidak...mendapat kelulusan dari JAKIM atau tidak...kandungan/ bahan yang digunakan, dan sebagainya...

Sebenarnya dalam badan kita terdapat sistem perlindungan @ sistem imun yang sangat menakjubkan, yang tak pernah terjangkau oleh fikiran (kuasa ALLAH) ? Ia dikenali sebagai sistem imun yang mana dicipta bagi melindungi badan kita dari jangkitan berjuta-juta bacteria, mikrob, virus, toksin dan parasit yang senantiasa menyerang tubuh kita.

Seorang pengamal terapi holistik  David Liaw menyatakan bahawa  “sistem imun adalah sesuatu yang kompleks, sangat rumit, dan sesuatu yang menakjubkan. Mengetahui cara untuk memastikannya seimbang adalah kunci kepada pemulihan kesihatan. Menurut beliau lagi, sistem imun adalah penting dalam usaha untuk mengekalkan kesihatan baik yang berpanjangan.” 

Oleh itu, tidak hairanlah jika terdapat golongan yang mengambil suplemen kesihatan bagi memastikan mereka mendapat kesihatan yang baik.


Namun begitu tidak semua produk kesihatan yang berada dipasaran adalah selamat untuk di gunakan. Kerana ada di antaranya bakal membuat pengamal mendapat sakit jantung, migrain berpanjangan, kegagalan buah pinggang dan sebagainya.

Sebagai langkah berjaga-jaga, KKM telah menyediakan beberapa panduan sebelum membeli atau mendapatkan produk kesihatan iaitu sama ada produk tersebut berkonsepkan MLM (Multi Level Marketing) atau sebaliknya, pihak pengeluar  harus mempamerkan nombor pendaftaran yang telah diberikan. Nombor pendaftaran tersebut dikenali sebagai MAL yang merujuk kepada Malaysia. Disetiap hujung MAL akan terdapat huruf A, TC, T, K dan pelbagai lagi mengikut kategori produk.

Mengetahui ketegori MAL?

  • Barangan POISON : A

Barangan POISON merupakan barangan terkawal dan memerlukan pengesahan doktor atau ahli farmasi yang bertauliah untuk mendapatkannya. Contohnya, pam semput untuk pasakit Asthma iaitu Ventolin Evohaler ditandakan sebagai MAL20000727AR.
  • Barangan Tradisional : T dan Barangan Tradisional Cina : TC

Barangan tradisional ialah produk yang berasaskan herba dan tidak mengandungi bahan kawalan atau POISON. Ianya selamat diambil tanpa perlu diskripsi doktor, tetapi haruslah diambil dengan berhati-hati dan mengikut aturan yang telah ditetapkan. Contohnya, MAL19985231T dan MAL19985231TC
  • Barangan OTC : ( Over The Counter )

Barangan OTC merujuk kepada barangan yang bolej dijual tanpa diskripsi doktor, ianya juga boleh didapati di kedai-kedai herba Cina, Melayu dan kedai serbaneka. Contohnya, Panadol dengan nombor MAL 19950080X.
  • Barangan Kosmetik : K

Barangan kosmetik juga tidak terkecuali daripada dikenakan pendaftaran. Ianya untuk mengelakkan dari mengandungi bahan terlarang seperti  steriod, Hydroquinone & Tretinoin. Contohnya, MAL 19950356K.

Di samping itu, untuk mengesahkan bahawa produk tersebut mendapat pengesahan dari pihak berwajib atau tidak, anda boleh membuat semakan secara online di laman web farmasi kebangsaan. Selain memastikan terdapatnya nombor pendaftaran pada setiap produk, anda juga perlu memastikan terdapat hologram PBKD untuk membuktikan bahawa produk tersebut adalah asli dan selamat digunakan.



No comments :